Skip to main content

Posts

AWAN Teluk Intan Tanya Mana Mat Sabu

  TELUK INTAN, 18 Oktober - AWAN Teluk Intan bertanyakan mana Presiden mereka selepas kejadian seorang ahli wanita PAN dipukul oleh setiausaha politik Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi. Mereka juga kesal dengan tindakan kepimpinan negeri yang senyap seolah-oleh bersetuju dengan tindakan ganas tersebut. Namun, AWAN Negeri telah memberi respon terhadap kejadian yang terjadi diruang komen page AWAN Teluk Intan. " Untuk makluman, kes ini masih dalam siasatan pihak polis.  Kita serah kpd kebijaksaan & kepakaran pihak berkuasa akan menyiasat kes ini seadil2 nya. Yg bersalah akan dihadapkan ke muka pengadilan," ujar AWAN Negeri Perak. Esok akan diadakan perjumpaan AWAN Teluk Intan bersama NGO Wanita bagi mendapatkan sokongan terhadap keganasan yang berlaku.
Recent posts

Pemuda PAN Pukul Wanita PAN

TELUK INTAN, 18 Oktober - Setiausaha politik pimpinan Parti Amanah Negara (PAN) didakwa memukul wanita PAN Teluk Intan selepas tidak berpuas hati terhadap individu terbabit. Dilaporkan ketika kejadian, kesemua ahli mesyuarat tidak berbuat apa-apa dan pihak lelaki hanya melihat sahaja wanita PAN dipukul di bahagian muka. Sumber juga memaklumkan, sehingga kini pihak pimpinan PAN negeri dan Nasional masih berdiam diri kerana dikatakan Asmuni Awi mempertahankan si emukul itu. "Tahniah pimpinan Negeri Perak yang istiqomah mendiamkan diri daripada menghubungi AWAN Kawasan untuk bertanya khabar. "Yang Pimpinan AWAN Negeri amat pakar, asyik la minta post dari FB di turunkan. "Semua perkara yang berlaku mesti ada sebab dan alasan, tak mungkin hilang jawatan anda semua jika sekadar menghubungi AWAN Kawasan untuk bertanya khabar," perli AWAN.

Kes Covid-19 Meningkat Di Terengganu

Kuala Terengganu: Kes positif Covid-19 di Terengganu meningkatkan kepada 160, selepas tiga lagi kes baharu dilaporkan semalam, menjadikan 22 kes aktif. Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr Nor Azimi Yunus berkata, tiga kes positif baharu dilaporkan semalam adalah di Kuala Abang, Dungun. Beliau berkata, kes positif Covid-19 terakhir dilaporkan di Terengganu adalah pada Ahad lalu. "Seramai 160 individu dalam perhatian dan mereka menjalani proses kuarantin di empat pusat kuarantin di Kemaman, Besut, Marang dan Kuala Nerus. "Seramai 22 individu kini sedang menjalani rawatan di hospital manakala kes sembuh sebanyak enam kes," katanya dalam kenyataan media, hari ini. Sehubungan itu, Dr Nor Azimi menggesa orang ramai sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam dan elakkan berada di kawasan sesak. Katanya, orang ramai dinasihat mengelak daripada berada di kawasan sempit dan elakkan

UMNO mahu PRU 15 segera

CYBERJAYA: Kedudukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sama ada kekal atau tumbang bergantung sepenuhnya kepada UMNO. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan bahawa partinya boleh menentukan jatuh bangun kerajaan PN, sama ada mengukuhkan atau mengambil keputusan untuk menumbangkannya. “UMNO juga boleh bertindak bagi mempercepatkan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15. “Tetapi itu adalah pilihan terakhir Umno kerana kedudukan pandemik yang melanda negara. “UMNO tidak akan memperjudikan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan umum demi suatu pilihan raya,” katanya menerusi kenyataan, hari ini. Mohamed Khaled berkata, keutamaan parti itu adalah membentuk kerajaan yang benar-benar boleh menguruskan negara yang berada dalam krisis. Oleh sedemikian, katanya, UMNO mahu ia dihormati sebagai rakan sebenar dalam kerjasama politik dan bukannya sekadar penyeri kepada PN. Tambahnya, kini, semua pilihan adalah di tangan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membuat keputus

Menteri KDN Tak Kompeten! - Hannah Yeoh

Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh menggesa Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin untuk lebih serius menambah baik kebajikan anggota polis berikutan peningkatan kes jangkitan Covid-19 di kalangan petugas barisan hadapan. Katanya, ini termasuklah keperluan dalam memastikan tempat kerja dan kuarters perumahan mereka tidak sesak bagi mengurangkan kebarangkalian penyebaran wabak tersebut. “Bolehkah anggota polis kita mengamalkan SOP Covid-19 dengan mempraktikkan jarak sosial di tempat kerja mereka sekarang? “Banyak balai polis dan kuarters perumahan mereka didapati kurang memuaskan,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Awal minggu ini, seramai 147 anggota polis dilaporkan dijangkiti Covid-19, manakala 106 ahli keluarga dan 10 kakitangan awam polis direkodkan turut terkena jangkitan. Tambah Hannah yang juga Naib Ketua Wanita DAP, tanggungjawab melindungi barisan hadapan adalah komponen terpenting dalam memerangi Covid-19. Oleh itu, katanya, kerajaan harus meningkatkan usaha melindungi bari

PN Anti Media - GeraMM

Pertubuhan memperjuangkan kebebasan media, Gerakan Media Marah (Geramm) membantah campurtangan kerajaan Perikatan Nasional (PN) menghalang agensi selain yang dibenarkan membuat liputan sesi Parlimen 2 November hingga 23 Disember ini. Menurut Geramm, hanya 15 organisasi media dibenar beroperasi mewakili 14 agensi tempatan dan satu agensi antarabangsa yang dipilih dengan alasan untuk mematuhi prosedur operasi standard bagi mengekang penularan wabak Covid-19, adalah tidak masuk akal. "Lebih malang lagi, senarai tersebut tidak melibatkan mana-mana portal online tempatan untuk hadir membuat liputan di sidang parlimen yang turut merangkumi pembentangan Bajet 2021. "Setiap agensi selain RTM dan Bernama hanya dibenarkan menghantar seorang wartawan dan seorang jurugambar atau juru video, serta diwajibkan menjalankan ujian saringan Covid-19 sebelum bertugas. "Dengan tetap mengambil kira kepentingan menjaga keselamatan semua pihak, terutama #kawangeramm di lapangan, Geramm tegas m

PRU 15: UMNO PAS Runding Kerusi

MARANG, 18 Oktober – PAS dan UMNO kekal konsisten dengan pendirian rasmi iaitu perkukuhkan Muafakat Nasional (MN) dan pertahankan Perikatan Nasional (PN). Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang berkata PAS dan UMNO adalah tunjang kekuatan orang Melayu dan Islam. “Kita kena pastikan tunjang ini terus diperkuatkan demi rakyat dan Ummah” ucap beliau dalam satu pertemuan tertutup antara pemimpin tertinggi UMNO dan PAS, semalam. Terdahulu, Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah itu menerima kunjungan dari pihak UMNO yang diketuai oleh Presidennya sendiri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Turut hadir dalam pertemuan yang berlangsung lebih kurang 2 jam itu ialah Datuk Seri Ahmad Maslan dan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Dalam perkembangan yang sama, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Ir Ts Khairil Nizam berkata apapun percaturan yang ingin dilakukan, perpaduan Melayu-Islam yang menjadi tonggak kestabilan politik negara ini mesti diperkukuhkan. “Inilah gagasan yang tela